Rss

LAMAN UTAMA PUTERI

UNTAIAN KATA

Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom, Sungai Petani diwujudkan pada 1963 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Pada peringkat awal sekolah ini dibuka untuk pengambilan pelajar lelaki dan dibuka pengambilan pertamanya pada 12 Januari 1964. Pada ketika itu sekolah ini telah diberi nama Sekolah Lanjutan Kampung yang merupakan sebuah sekolah kemahiran pertukangan bagi murid-murid yang gagal ke tingkatan satu sekolah akademik biasa.

Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melaksanakan usaha pengumpulan data sekolah. dan mengumpul bahan untuk menghasilkan laman web sekolah. Projek ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak mendapat gambaran yang lebih jelas tentang latar belakang, budaya dan operasi serta hasil pendidikan sekolah. Bagi sekolah ini dan mungkin juga ribuan sekolah yang lain di negara kita, laman web serupa ini merupakan satu-satunya jambatan penghubung di antara sekolah dengan pihak-pihak berkepentingan.

Dengan adanya laman web ini, mereka yang berminat dengan perkembangan pendidikan di sekolah ini dapat maklumat terkini dan mungkin dapat memberikan sumbangan yang sewajarnya untuk membantu kecemerlangan proses pendidikan. Adalah diharapkan usaha pengumpulan data asas mengenai sekolah ini akan dapat meningkatkan perasaan bangga, sayang dan akauntabiliti kita semua kepada institusi sekolah.

Kita mengharapkan sokongan padu semua pihak untuk menjayakan sistem pendidikan kita demi untuk semua pihak terhadap kemajuan sekolah ini khasnya. Melalui laman web sekolah ini juga dapat memberi kesempatan untuk kita merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada individu yang telah berjasa kepada sekolah dan masyarakat setempat. Cebisan-cebisan sejarah yang silam itu kita harap akan memberi inspirasi dan mempertingkatkan azam semua pihak supaya terus berusaha dengan penuh komitmen untuk memajukan sekolah, masyarakat setempat dan negara seterusnya. Pihak SMK Che Tom mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberi kerjasama dan berusaha dengan begitu bertanggungjawab dan penuh iltizam menjayakan projek laman web sekolah ini. Sekian, terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"SEPAKAT MENJANA KECEMERLANGAN"


Puan Hajjah Jamnah Binti Pairan

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom